Monday, June 7, 2010

It's already 3 months

Sedar tak sedar dah tiga bulan The Jellikids beroperasi. Tak sangka betul. Dari angan-angan menjadi kenyataan.

Mula-mula hanya terfikir untuk selesaikan masalah sendiri je. Bila fikir balik, kenapa tak bantu juga Mommies yang lain untuk selesaikan masalah mereka? Masalah mencari baju kurung yang cantik dan murah untuk si kecil yang kiut miut. Itulah dia. Serabut bila fikirkan nak kena pegi round satu KL (kalau tinggal kat KL lah) semata-mata nak cari baju kurung yang sesuai untuk si comel cantik bergaya tu.

Ikutkan dah lama fikirkan nak wujudkan The Jellikids, sejak tahun 2009 lagi. Macam-macam idea ada dalam otak ni. Cuma idea tu lambat diterjemahkan dari otak. Peralatan pun takde lagi time tu. So, janganlah kata The Jellikids tiru sesiapa. Ini memang idea yang muncul sebab dari permasalahan sendiri. Sesiapa yang jadi Mommies rasanya memang ada masalah ini. Betul tak?

Apapun, The Jellikids rasa sangat seronok dapat bersama-sama memeriahkan industri fabric & fashion dalam internet as well as dalam Malaysia. Terasa berangan nak jadi macam Bernard Chandran, Rizalman, Hatta Dolmat versi untuk kanak-kanak satu hari nanti. Perasannye! Hihihihi.

Tuah ayam nampak di kaki. Tuah kita siapa yang tahu? Mungkin satu hari nanti The Jellikids akan gah di dunia fesyen kanak-kanak? Kan ke best macam tu?

Oklah. Suka berangan tak habis-habis. Apapun, terima kasih kerana sudi memberi sokongan kepada The Jellikids. Tak beli pun takpe. Beri cadangan yang pelbagai pun dah mampu menaikkan semangat The Jellikids.

Luv you all!

No comments: