Friday, June 18, 2010

Baju kurung untuk Majlis Cukur Jambul


Biasanya kalau majlis cukur jambul, ibu-ibu pakaikan si comel dengan gaun kembang sebab selalunya gaun kembang senang nak dibeli dan banyak dijual ready made. Pilih sahaja warna theme apa, pergi kedai, pilih dan ready untuk dipakai.

Selain memakaikan si comel gaun kembang, apa kata kali ini kita tukar dengan memakaikan si comel baju kurung Jellikids yang special untuk majlis cukur jambul? Dengan jahitan manik-manik comel di atasnya, pasti membuatkan si kecil berkilau-kilauan semasa didodoi di dalam buai (selalunya majlis cukur jambul mesti ada naik buai).

Bila lagi nak bagi si kecil merasa untuk memakai baju kurung bermanik? Selalunya majlis cukur jambul dibuat semasa baby berumur dalam 2 bulan hingga 3 bulan. Betul-betul lepas habis pantang tu, terus buat sekali aqiqah & majlis cukur jambul. Ibu-ibu tak perlu risau tentang size kerana baju kurung Jellikids bermanik ini bermula dari saiz sekecil 0-3 bulan. Ok! Tunggu apa lagi ibu-ibu? Jom plan* sehelai baju kurung bermanik Jellikids untuk majlis cukur jambul baby anda nanti!

*Nantikan plan khas untuk tempahan baju kurung majlis cukur jambul Jellikids soon!

Luv,

Monday, June 14, 2010

No More Tears Babies!

Pengalaman memakaikan si kecil baju kurung memang susah. Dengan badan dia terliang-terliuk, menggeliat sana sini, memang susah betul hendak dipakaikan baju kurung. Part nak masuk tangan paling seksa. Kesian jugak tengok si kecil muka herot-herot & confuse semasa memakai baju kurung.

Maka, dengan itu terbitlah idea untuk menjahitkan zip di belakang baju kurung Jellikids. Hasilnya memang menakjubkan! Sangat mudah memakaikan si kecil baju kurung. Bukakan sahaja zip di belakang dan sarungkan sahaja si kecil baju kurung Jellikids. Kemudian, zip! Tak perlu buka butang depan pun.

Kepada Mommies semua, apa tunggu lagi? Marilah menyelamatkan baby anda semua dari terseksa semasa dipakaikan baju kurung. Pasti lepas ini aktiviti memakai baju kurung lebih mudah & tentunya 'No More Tears Babies!'

*Zip dijahit untuk saiz baju daripada 0 bulan hingga 24 bulan sahaja. Harap maklum. :D

Luv,

Sunday, June 13, 2010

Sessi Penggambaran untuk Majalah

Fuhh! Selesai sudah event yang ditunggu-tunggu The Jellikids. Beberapa minggu lalu Jellikids terima call dari seorang staf satu magazine terkenal di Malaysia (magazine apa?). Rahsia. Nanti kalau dah confirm appear dalam magazine tu, Jellikids akan umumkan. Hehe. Mana tau takut tiba-tiba tak jadi keluar pulak, dibuatnya Editor reject gambar-gambar Jellikids, langsung haru biru. Harap-harapnya jadi lah.

Masa photoshoot ada 5 helai baju kurung untuk Kids & 3 helai baju kurung untuk Baby. Photoshoot dibuat kat rumah tokei jer. Senang sebab ada baby & nak tukar-tukar baju, so better buat kat dalam rumah je lah.

Seronok jugak join sesi photoshoot macam ni. Ini first time join photoshoot untuk magazine. Guna model-model untuk dipakaikan baju. Terasa macam dalam ANTM (America's Next Top Model) pulak! Kena pakaikan model-model baju, selesai pakai baju yang satu tu, cepat-cepat kena tukar baju lain. At the same time, model lain tengah tunggu nak shoot gambar dia pulak. Best sangat!

Nantikan kemunculan The Jellikids - Baju Kurung dalam magazine ternama tu nanti. Tak lama je lagi. Mungkin pertengahan bulan Julai 2010. Tunggu tau!

Luv,

Monday, June 7, 2010

It's already 3 months

Sedar tak sedar dah tiga bulan The Jellikids beroperasi. Tak sangka betul. Dari angan-angan menjadi kenyataan.

Mula-mula hanya terfikir untuk selesaikan masalah sendiri je. Bila fikir balik, kenapa tak bantu juga Mommies yang lain untuk selesaikan masalah mereka? Masalah mencari baju kurung yang cantik dan murah untuk si kecil yang kiut miut. Itulah dia. Serabut bila fikirkan nak kena pegi round satu KL (kalau tinggal kat KL lah) semata-mata nak cari baju kurung yang sesuai untuk si comel cantik bergaya tu.

Ikutkan dah lama fikirkan nak wujudkan The Jellikids, sejak tahun 2009 lagi. Macam-macam idea ada dalam otak ni. Cuma idea tu lambat diterjemahkan dari otak. Peralatan pun takde lagi time tu. So, janganlah kata The Jellikids tiru sesiapa. Ini memang idea yang muncul sebab dari permasalahan sendiri. Sesiapa yang jadi Mommies rasanya memang ada masalah ini. Betul tak?

Apapun, The Jellikids rasa sangat seronok dapat bersama-sama memeriahkan industri fabric & fashion dalam internet as well as dalam Malaysia. Terasa berangan nak jadi macam Bernard Chandran, Rizalman, Hatta Dolmat versi untuk kanak-kanak satu hari nanti. Perasannye! Hihihihi.

Tuah ayam nampak di kaki. Tuah kita siapa yang tahu? Mungkin satu hari nanti The Jellikids akan gah di dunia fesyen kanak-kanak? Kan ke best macam tu?

Oklah. Suka berangan tak habis-habis. Apapun, terima kasih kerana sudi memberi sokongan kepada The Jellikids. Tak beli pun takpe. Beri cadangan yang pelbagai pun dah mampu menaikkan semangat The Jellikids.

Luv you all!

The Jellikids Diary?

Salam & Hai!

Akhirnya wujudlah The Jellikids Diary. Bolehlah The Jellikids berkongsi cerita dengan semua pembaca tentang segala-gala yang berkaitan dengan The Jellikids.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kesemua pelanggan yang telah membeli baju kurung daripada The Jellikids. The Jellikids cuba memberikan anda semua, terutamanya Mommies yang mencari-cari pakaian cantik untuk si comel dengan harga yang berpatutan.

Yes. The Jellikids faham sangat perasaan kesemua Mommies yang kadang-kala menghadapi masalah semasa mencari baju yang sesuai untuk anak-anak.

Harap-harap The Jellikids dapat membantu Mommies semua!

Ok! Stay tune everybody!

Luv,