Friday, June 18, 2010

Baju kurung untuk Majlis Cukur Jambul


Biasanya kalau majlis cukur jambul, ibu-ibu pakaikan si comel dengan gaun kembang sebab selalunya gaun kembang senang nak dibeli dan banyak dijual ready made. Pilih sahaja warna theme apa, pergi kedai, pilih dan ready untuk dipakai.

Selain memakaikan si comel gaun kembang, apa kata kali ini kita tukar dengan memakaikan si comel baju kurung Jellikids yang special untuk majlis cukur jambul? Dengan jahitan manik-manik comel di atasnya, pasti membuatkan si kecil berkilau-kilauan semasa didodoi di dalam buai (selalunya majlis cukur jambul mesti ada naik buai).

Bila lagi nak bagi si kecil merasa untuk memakai baju kurung bermanik? Selalunya majlis cukur jambul dibuat semasa baby berumur dalam 2 bulan hingga 3 bulan. Betul-betul lepas habis pantang tu, terus buat sekali aqiqah & majlis cukur jambul. Ibu-ibu tak perlu risau tentang size kerana baju kurung Jellikids bermanik ini bermula dari saiz sekecil 0-3 bulan. Ok! Tunggu apa lagi ibu-ibu? Jom plan* sehelai baju kurung bermanik Jellikids untuk majlis cukur jambul baby anda nanti!

*Nantikan plan khas untuk tempahan baju kurung majlis cukur jambul Jellikids soon!

Luv,

No comments: